Alhamdulillah! Sesi Orientasi bagi pelajar PISMP sudah habis hari ini. Seperti kelmarin, hari ini juga ada sesi taklimat tentang Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Hari ini kami telah diberi taklimat tentang Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan kandungannya, taklimat peperiksaan dan sesi kaunseling. Taklimat PISMP adalah tentang pengenalan kepada kursus yang diambil dan jumlah jam kredit untuk sesuatu kursus. Taklimat peperiksaan adalah seperti biasa sahaja. Akhir sekali ialah sesi kaunseling bersama Encik Enkasang. Dalam sesi kaunseling tersebut, kami telah mempelajari budaya cemerlang yang merangkumi ciri-ciri orang yang cemerlang dan tips belajar yang cemerlang. Sesi kaunseling tersebut sedikit sebanyak telah dapat mengembalikan keyakinan diri saya serta membuka minda dan fikiran saya dengan lebih luas dalam mendalami ilmu pengetahuan di IPG ini. Taklimat tu berakhir pada jam 4.00 petang. Diharap sesi taklimat tersebut dapat membantu kami sepanjang menjalankan pengajian di peringkat ijazah ini. Amin!
Alhamdulillah! Keyakinanku telah kembali semula sedikit demi sedikit. Aku hanya berdoa agar aku mampu menempuh segala cabaran sepanjang pengajian ini sebelum bergelar seorang guru. Malahan, aku ada Mr. Awesome dan kawan-kawan yang bersedia membantu ku. Tidak dilupakan keluarga tersayang yang menjadi pembakar semangat agar aku mampu meneruskan pelajaran hingga ke menara gading kelak. Terima kasih semua! :}
Mr. Awesome, aku rindu kau! :P
the purple heart ^^
”coretan dari hati turun ke keyboard"

