Semester 1 telah berlalu, segala kenangan dan memori yang tercipta akan disimpan dan dikenang sampai bila-bila. Kini, Semester 2 muncul tiba :) Sama seperti Semester yang lepas, Semester 2 ini juga memberi kenangan dan memori yang pebagai, pahit mahupun manis. Sebagai insan biasa yang tidak sempurna, Alhamdulillah aku telah berjaya melalui segala kenangan tersebut dengan hati yang tabah dan sabar ;)
Julai~
Semester baru bermula. Alhamdulillah~ keputusan semester yang lepas sangat 'awesome'! Guess what, I've got 3.96. Yeahh! :3 Pelbagai perasaan bermain di minda pada ketika itu. Walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur dan akan sentiasa berusaha dengan lebih gigih lagi. InsyaAllah! ^^ Oh ya, Semester 2 bermula dengan subjek baru, kelas baru, pensyarah yang berbeza namun teman sekelas tetap sama :)
Ogos~
Bulan ini merupakan kali ke-3 aku meraikan bulan Ramadhan di perantauan. *Perantauan la sangat kan? :D* Tapi yang best nya bulan ini, aku dapat meraikan hari pertama Ramadhan bersama-sama dengan keluarga tersayang <3 aku="aku" bulan="bulan" dalam="dalam" dan="dan" dengan="dengan" folder.="folder." font="font" jugak="jugak" kerja="kerja" kursus="kursus" mulai="mulai" nbsp="nbsp" ni="ni" pembentangan="pembentangan" sibuk="sibuk">3>
September~
Ramadhan sudah berakhir, Syawal mula menjelma ^^ Yeah! Cuti lagi! :D Dalam masa yang sama, aku terpaksa menyiapkan semua tugasan dan kerja kursus sebelum kembali ke IP. Oh ya! Dalam bulan ni jugak, aku menjalani PBS Fasa 2 di sekolah yang berbeza iaitu di sekolah ST. Mary, Sibu. PBS kali ni sangat tough, memandangkan tugasan PBS yang sukar ditambah lagi dengan kerja kursus yang mempunyai kaitan dengan tugasan PBS tersebut. Tetapi, apa-apa pun, Alhamdulillah segala tugasan dapat aku selesaikan tepat pada masanya :)
Oktober~
Haa~ bulan ni merupakan bulan yang sangat sibuk dengan aktiviti IP dan folder ==' Aku dan semua guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2012 telah menjalani Program BIG di SK Ulu Strass dan mengadakan Pameran Literasi bagi subjek elektif yang kami ambil. Bulan ni jugaklah pelbagai emosi bermain di minda dan hati. Namun, dengan adanya orang-orang tersayang seperti keluarga, sahabat karib dan Si Awak yang sentiasa di sisi, menguatkan lagi semangat aku untuk menjalani segala cabaran tersebut ;)
November~
Bulan ini sinonim dengan Study Week, Annual Dinner dan Final Examination. Oh tak lupa juga, Karnival Asrama juga berlangsung dalam bulan ini ^^ Final exam kali ni sangat mencabar bagiku kerana subjek-subjek yang diambil dalam semester ini bolehlah dikatakan berat dan sukar. Aku hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal saja kepada Allah S.W.T agar semuanya baik-baik saja. Amin! :) Tetapi, apa yang paling ditunggu-tunggu dalam bulan ini ialah cuti akhir tahun. Yeah! Akhirnya diri ini bebas buat seketika. Ngeee~~
Kini, semester 2 telah berakhir :) Dan aku hanya menunggu keputusan peperiksaan yang lepas sebelum memulakan semester 3 untuk tahun depan ^^ Semoga aku dan kawan-kawan yang lain dapat keputusan yang terbaik dan gempak untuk peperiksaan kali ini. Amin! :)
”coretan dari hati turun ke keyboard"