|
Sunday | 12:30 AM 0 purplelicious girl Happy birthday to you, Happy birthday to you, Happy birthday to Mohd Saifful, Happy birthday to you~~~ ;) HAPPY BIRTHDAY HUBBY! :* Selamat Hari Jadi, Sayang.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Kamek harap kitak happy and bahagia di samping orang-orang tersayang. Harap semua impian kitak tercapai. And of course your first dream is want to be a graduated teacher. Amin! #tinggal 3 tahun gik hubby. sik lamak yaa. hihi :P Terima Kasih sebab.. Selalu ada bila kamek perlukan kitak. Terima Kasih sebab.. Selalu polah kamek hepi bila kamek sedih and 'frust'. Terima Kasih sebab.. Selalu pujok kamek bila kamek 'bad mood'. Terima Kasih sebab.. Selalu sabar layan kerenah kamek. #i know i'm too childish :P Terima Kasih sebab.. Selalu jadi orang pertama and orang terakhir text kamek tiap-tiap hari. Terima Kasih sebab.. Selalu berik kamek semangat and nasihat bila kamek rasa 'down'. Terima Kasih sebab semuanya~ KSK oh? Ingat janji and impian kita k? :} HAPPY BIRTHDAY AGAIN MR. AWESOME! LOVE YOU :*
the purple heart ^^ | 2:34 PM 0 purplelicious girl Tentang semalam... Ya! Semalam aku outing dgn teman-temanku. Dalam masa yang sama juga, aku ada beli 'something awesome'. Nak tau apa benda tu? Shhh~ tak boleh bagitau. Sebab....tu rahsia plus surprise. Hehehe. Dan yang paling penting, aku beli 'something awesome' tu untuk someone yang aku sayang sangat-sangat. Let just wait and see ok? :} Got to go now peeps! Saja je update. Boring sangattttt ==! Adios :D
the purple heart :* Saturday | 10:28 PM 0 purplelicious girl
Hari ini, aku gembira sangat-sangat. Naktau sebab apa? Oh! Mesti korang nak tau kan?? Hari ni, aku hangout dgn teman-temanku tersayang. Semuanya perempuan ok? And all of them are my best girls forever in the world :D Just satu je yang tak best. Hm! Sorang je teman kitaorang yang tak dpt join kitaorang tadi. Namanya Hafizah. We just call her Fizzah or Pjah. Dia tak dapat join kitaorang sebab..dia kat Labuan skrg ni. Tiket mahal sangat. And that's why she didn't come back and join us today. So sad :'( Isokey girls! Suatu hari nanti kita hangout sama-sama lagi k? Hopefully this coming holiday on June. InsyaAllah~
Aku rindu sangat-sangat masa kitaorang hangout sama-sama suatu ketika dahulu. Parkson or Wisma Sanyan lah menjadi tempat kebiasaan kami habiskan masa bersama. We take picture together, shopping and most important thing is gossiping. Kalau takda gosip tak sah tau. Well~ lama dah tak jumpa kan. Of course banyak sangat cerita yang nak diceritakan :}
Thursday | 11:54 PM 0 purplelicious girl
Alhamdulillah! Sesi Orientasi bagi pelajar PISMP sudah habis hari ini. Seperti kelmarin, hari ini juga ada sesi taklimat tentang Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Hari ini kami telah diberi taklimat tentang Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan kandungannya, taklimat peperiksaan dan sesi kaunseling. Taklimat PISMP adalah tentang pengenalan kepada kursus yang diambil dan jumlah jam kredit untuk sesuatu kursus. Taklimat peperiksaan adalah seperti biasa sahaja. Akhir sekali ialah sesi kaunseling bersama Encik Enkasang. Dalam sesi kaunseling tersebut, kami telah mempelajari budaya cemerlang yang merangkumi ciri-ciri orang yang cemerlang dan tips belajar yang cemerlang. Sesi kaunseling tersebut sedikit sebanyak telah dapat mengembalikan keyakinan diri saya serta membuka minda dan fikiran saya dengan lebih luas dalam mendalami ilmu pengetahuan di IPG ini. Taklimat tu berakhir pada jam 4.00 petang. Diharap sesi taklimat tersebut dapat membantu kami sepanjang menjalankan pengajian di peringkat ijazah ini. Amin!
Alhamdulillah! Keyakinanku telah kembali semula sedikit demi sedikit. Aku hanya berdoa agar aku mampu menempuh segala cabaran sepanjang pengajian ini sebelum bergelar seorang guru. Malahan, aku ada Mr. Awesome dan kawan-kawan yang bersedia membantu ku. Tidak dilupakan keluarga tersayang yang menjadi pembakar semangat agar aku mampu meneruskan pelajaran hingga ke menara gading kelak. Terima kasih semua! :}
Mr. Awesome, aku rindu kau! :P
the purple heart ^^ Wednesday | 11:50 PM 0 purplelicious girl
Hari ini, semua pelajar PISMP Semester 1 Ambilan Januari 2012 menjalani Minggu Orientasi. Minggu Orientasi ni just 2 hari je. Tak lama sangat macam Minggu Orientasi PPISMP dulu. Bagi Minggu Orientasi kali ini, kami hanya diberi sedikit taklimat tentang peperiksaan, kokurikulum dan pendedahan awal tentang program Bina Insan Guru (BIG). Hari ini, kami ada taklimat dari Unit Kaunseling, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Unit Kokurikulum. Taklimat tu berakhir pada jam 3.30 petang. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Banyak yang aku belajar hari ini eventhough sesi taklimat tu singkat tetapi ringkas dan padat. Diharap taklimat tersebut dapat dijadikan pemangkin semangat kepadaku untuk meneruskan pengajian di sini. Well! It's degree now. I've to be more focus and study smart in order to achieve my dream. My future is in my own hand. Kita sendiri yang tentukan masa depan kita, bukan orang lain.
But, my problem now is...
Aku macam hilang konfiden dan mood aku. Yes! Semangat nak belajar tu masih ada. Tapi just aku kehilangan keyakinan diri. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin kerana aku susah hati dengan pembelajaran masa Degree ni. Ntah. Aku sendiri pun tak tahu. But, i'll try my best to improve myself. Eventhough pointer tyme PPISMP Semester 3 dulu tu, kira okay laa. Tetapi, aku masih belum berpuas hati lagi. And now, aku akan cuba dari mula lagi, from Degree Sem 1 until Sem 8. InsyaAllah! Everything's gonna be okay. Just 3 more years to go sayang.. Believe you can do it darla. Yes! You can! Trust yourself ok!
Please smile little girl :')
the purple heart :} Tuesday | 11:54 PM 0 purplelicious girl
Now, aku dah kat maktab. Boring, sunyi, rindu, sepi - semua tu yang aku rasa sekarang ni Even kat sini aku ada Mr. Awesome & kawan kawan yang lain. Tetapi, semua tu tak dapat dibandingkan dgn suasana kat rumah & my own family. Walaupun rumah aku dekat je (at Sibu town only) tetapi aku tetap rindu family aku Well~ anak mana yang tak rindu keluarga dia kan. Kita cuma insan biasa je.
And now, seperti selalu, belum apa apa lagi dah takda bekalan air kat sini. Perghh what a life? Tetapi, aku tetap bersabar stay kat sini. Just nak capai impian aku. Takpa, tak lama lagi tu. Habis tahun ni, tinggal 3 tahun je lagi. Selepas tu, kau dah bebas dah & FREEDOM is yours at that time :D Urghh! Tak sabar rasanya nk habis belajar. Harap semuanya akan berjalan dengan lancar sepanjang aku belajar kat sini. Amin :}
Tomorrow, it's starts of something new. New semester, new teacher, new hope, new tasks and new experiences but not new boyfriend :D Aku tak tahu apa yang akan terjadi pada hari hari yang akan mendatang. Aku hanya mampu berdoa dan berserah saja kepada Allah S.W.T. Aku berharap hari hariku akan lebih baik dari hari hari yang sebelumnya. Amin.
the purple heart |